Resepi Mudah Kek Coklat Cheese
Bahan-bahan Kek Coklat:
- 1 cawan gula
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak
- 3/4 cawan tepung (diayak)
- satu sudu kecil soda bikarbonat
- satu sudu kecil baking powder
- 4 biji telur gred B (blend je senang)
Cara membuatnya:
- Campurkan gula, serbuk koko, susu pekat, susu cair dan minyak jagung dalam periuk yang kecil di atas api yang sederhana. Kacau sampai berkilat dan semua bahan sebati.
- Telur korang blend je semua
- Bila dah berkilat korang curah dalam mixer untuk campuran tadi
- Masukkan soda bikarbonat dan baking powder
- Masukkan telur dan tepung secara berselang seli
- Bila dah sebati semua boleh la bahagikan kepada 2 bahagian
Bahan-bahan Cheese Kek:
- 1 buku cream cheese (ala yang macam buku sabu basuh tu). Nak guna philadelphia pun boleh.
- 1 cawan gula kastor (blend je gula biasa)
- 1 biji telur
- 1 sudu besar tepung
- 1 sudu besar air
Cara membuatnya:
- Sementara tu boleh la korang panaskan pengukus dahulu.
- Basuh mixer tadi untuk buat cheese kek pulak
- Cream cheese boleh keluarkan sejam awal dari peti sejuk
- Masukkan cream cheese dalam mixer dan kacau
- Tambahkan gula kastor dan kacau lagi
- Masukkan telur, tepung dan air satu sudu.
- Kacau sehingga sebati.
Cara untuk mengukus coklat cheese kek:
- Tadi kan dah panaskan pengukus lebih awal
- Jangan lupa balut penutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis
- Bekas untuk dikukus disapu dengan sedikit marjerin
- Kek coklat tadi dibahagi dua. Masukkan bahagian yang pertama dan kukus lebih kurang 15 minit.
- Bila dah sedikit keras boleh masukkan cheese kek tadi dalam masa 15 minit.
- Last sekali bila cheese dah masak sikit boleh masukkan bahagian kedua kek coklat.
- Kukus sampai masak. Nak tau masak ke tak boleh cucuk dengan garfu dan kalau berminyak still tak masak lagi.
- Dah masak biarkan seketika dalam pengukus
- Keluarkan dan sejukkan di luar. Lepas tu bila dah sejuk masuk dalam peti sejuk
- Last sekali makan.
0 comments:
Post a Comment