Loading...

Jemput-jemput Udang Kering

Assalamualaikum...selamat petang...agaknya kawan2 dok sibuk masak juadah untuk minum petang tapi saya baru nak post kan juadah untuk sarapan...tapi tak kisahla kan... ikut kelapangan masing2...nak kata sibuk sgt tu tak jugak...tapi sibuk la jgk...apa punya ayat daa...ye la anak sulung nak masuk tahun 1 esok..ni 1st time anak nak masuk sekolah..tu yg teruja sikit tu..ok la kalau nak cerita pasal jemput2 pun, tentu ramai yg dah tau nak buat jemput2 ni..tapi tak kisah la kan...ni jemput2 versi saya...kalau nak tgk resepi bleh la tgk kat bawah...
Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 3/4 air suam
  • 2 sudu besar udang kering (direndam sebentar, bersihkan dan tubuk halus)
  • 1 biji bawang besar- didadu
  • 1/2 batang carrot- diparut kasar
  • 1 biji cili merah- dihiris halus
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 tangkai daun sup- fihiris
  • 3/4 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
Cara2:
  • Dalam satu bekas, masukkan udang kering tumbuk tadi , bawang besar, cili merah, daun sup, carrot,serbuk kunyit dan garam. Gaul rata.
  • Masukkan tepung, gaul rata dan tuang air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang boleh di jemput..
  • Jemput-jemputka adunan tepung tadi dan goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasandan angkat dan letak atas paper towel.
  • BOlehla dihidangkan bersama sos cili atau kuah kacang....kali ni saya guna kuah kacang segera ja..

1 comments:

  1. Salam dek_ma...
    Sedap nyer.. cucur udang makan ngan kuah kacang..
    Trima juga buat dek_ma sudi follow akak...semoga ziarah menziarahi nie akan berkekalan..thankss

    ReplyDelete

 
Toggle Footer
TOP