Loading...

Mee Kuah Udang Simple

Assalamualaikum..apa khabar semua..Alhamdulillah..kita dah masuk ke bulan Rejab 1436H..Tentu ramai yang merebut peluang berpuasa sunat kan..

Memandangkan ada udang kertas yang agak besar ..fresh lagi..dan atas permintaan anak2 dan En.Hubby..saya pun masakkan lah Mee Kuah Udang yang sangat2 simple...main campak2 ja tadaaa..dah siap..sesuai untuk buat juadah berbuka puasa..

Walaupun simple saya sertakan juga resepi kat bawah ni..sekiranya ada yang ingin mencuba dan juga sebagai rujukan anak2 saya di kemudian hari..



Mee Kuah Udang Simple

Bahan-bahan
1 peket mee kuning-Celur dan toskan
6 ekor udang kertas saiz sedehana/besar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili kering-direbus
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu bedar sos black peper
1 biji telur
1/2 cawan kacang tanah kisar
1 biji tomato
Carrot
Sawi
Kobis
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan tambahan / hiasan :
Bawang goreng
Cili merah (dihiris nipis)
Limau kasturi
Tauhu goreng (dihiris nipis)
Telur rebus

Cara-cara
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering.
2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan air. Kuantiti air tu agak2 ya..jangan terlalu sedikit dan jangan pula terlalu banyak.
4. Masukkan carrot, biarkan kuah mendidih.
5. Kemudian masukkan pula udang, sos cili, sos tomato, sos tiram dan juga sos black peper.
6. Bila udang dah masak, pecahkan telur dan kacau. Masukkan kacang tanah kisar.
7.Perasakan dengan gula dan garam.Last sekali masukkan kobis, sawi dan juga tomato.
8. Biarkan sekejap dan tutup api. Tuangkan kuah ke atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu, telur rebus,hirisan daun bawang dan cili serta limau kasturi.


2 comments:

 
Toggle Footer
TOP