Loading...

RESEPI CHICKEN CHOP MUDAH

RESEPI CHICKEN CHOP 

BAHAN- BAHAN
  • 1 ekor ayam ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping )
  • 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu makan kicap masin
  • 1 sudu makan jus limau
  • 1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
  • 1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)

Cara Penyediaan
  • 1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
  • 2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je lebih mudah!

Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
  • 1 labu bawang besar ( potong dadu)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
  • 1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
  • 1 sudu makan sos tomato atau sos chili
  • 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
  • 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
  • Sedikit garam

Cara membuatnya
  • 1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
  • 2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
  • 3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP