Loading...

Ayam Ekspress Noxxa

Assalamualaikum..

Semalam saya dah syer cara masak pulut kuning ekspress Noxxa, hari ni nak syer cara masak Kari Ayam Ekspress Noxxa pula....dengan Preasure Cooker Noxxa semuanya ekspress..hi..hi..sesuai sangat untuk ibu2 yang bekerja..cepat dan mudah..dapur pun tak berminyak dan bersepah..

Resepi kari ni sama seperti kari ayam yang biasa..cuma kali ni saya syer cara masak guna PC Noxxa..



Kari Ayam Ekspress Noxxa

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
3 biji ubi kentang - dibelah  empat
2 sudu besar serbuk kari-bancuh dengan sedikit air..jadikan pes
1 cawan pati santan
2 cawan air- ikut kepekatan yang dikehendaki
2 sudu besar kerisik
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan ditumis:
3 ulas bawang merah-di hiris
2 ulas bawang putih- di hiris
1/2 inci halia-di hiris
2 tangkai daun kari
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara-cara;
1. Switch on periuk.  Tekan fungsi `STIR FRY' dan On.Masukkan minyak.

2. Bila minyak dah panas, masukkan bahan2 tumis. Tumis sehingga bawang kekuningan dan naik bau.

3. Masukkan pes serbuk kari.Masak sehingga rempah menjadi garing dan terbit minyak.

4. Apabila rempah telah terbit minyak, masukkan ayam. Gaulkan sebentar supaya sebati.

5.  Masukkan santan, diikuti dengan air, garam, gula, dan kerisik.  Kacau rata.

6. Off fungsi STIR FRY.  Tutup periuk. Tukar kepada fungsi HIGH PRESSURE. Set juga tombol ke arah PRESSURE.  Set 8 minit dan tekan ON.

7. Selepas 8 minit berlalu, putar tombol ke arah STEAM untuk bebaskan wap.

8. Buka tudung periuk dan kacau rata. Masa ini ayam telah empuk.

9. Masukkan ubi kentang. Tutup periuk kembali. Set ke fungsi HIGH PRESSURE dan putar tombol ke arah PRESSURE sekali lagi. Set 2 minit untuk ubi kentang masak.

10. Selepas 2 minit berlalu, putar tombol ke arah STEAM untuk bebaskan wap.  Kari ayam telah siap untuk dihidangkan.


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Rajin nye pn, macam-macam dah masak ye. Ibuyati jual periuk nih. Sapa nak periuk nih harga RM670 maii pm 019-249 4819. Harga ahli rm657.20. Kalau nak harga rm614.80, pm ibuyati laju-laju, ibu bagitau caranya. BERBALOI ada noxxa nih. ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI. Beli cara kutu pun ada.

    ReplyDelete

 
Toggle Footer
TOP