Loading...

Kwetiau Kerang

Assalamualaikum dan selamat malam....


Malam ni aku malas nak berceloteh panjang2..tapi aku nak kongsikan menu makan malam kami sekeluarga iaitu kuetiau kerang...aku ni bekerja & bila balik kerja ja dah penat dan aku malas nak masak yang susah2...so penyelesaiannya aku buatla kuetiau kerang nii...bahan2 nya simple sgt....kalau nak check resepi jom jeling2 kat bawah....





BAHAN-BAHANNYA :




  • 500 g kuey teow, cuci dan toskan


  • 3 ulas bawang putih-hiris halus


  • 3 biji bawang merah- hiris halus


  • 2 camca besar minyak masak


  • 150 g isi kerang


  • 1 mangkuk taugeh- buang ekor, cuci dan toskan


  • 50-100g kuchai- kerat satu inci


  • 2 biji telur


  • 3 sudu besar cili kisar


  • Sedikit air


  • 1 sudu besar kicap pekat


  • 1 sudu besar sos tiram


  • 2 sudu besar sos cili


  • Sedikit garam dan gula


CARA MEMBUATNYA :




  • Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga harum, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap pekat, kacau rata, tuangkan sedikit air dan masak dengan api kecil.


  • Masukkan kera kuey teow kacau rata hingga semua rata. Masukkan semua bahan2 perisan dan terus mengacau hingga semua mesra. Tolak kuey teow tadi ke tepi kuali, masukkan telur dan biar hingga telur sedikit mengeras, kacau telur tadi dengan sudip.
    Gaul kuey teow bersama telur hingga rata. Masukkan taugeh dan kuchai, kacau lagi dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama cili jeruk.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP